NADI-Nurture [Cybersecurity]
7 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2026 (Khamis) – NADI Kg Braang Bayur telah mengadakan program NADI X AWARENESS [Kempen Internet Selamat]: Taklimat Laman Web Berbahaya dalam talian yang berlangsung dari jam 03:00 petang hingga 04:00 petang. Program ini telah disertai oleh seramai enam orang peserta tempatan.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta apa itu laman web berbahaya seperti laman web yang direka untuk menipu dan mencuri maklumat serta jenis – jenis laman web berbahaya. Webinar ini sangat penting kerana scam semakin meningkat setiap tahun terutamanya berlaku kepada warga emas.
Melalui program ini, para peserta dapat menambah ilmu serba sedikit mengenai laman web berbahaya untuk mengelak daripada kena scam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: